Mahkamah Lorong dan Cinta Sang Arnab Hujung Minggu ini di UTP!

Thursday, March 19, 2015

Setelah sekain lama menyepi, TTS dengan bangganya akan mengadakan dua pementasan dalam satu malam, iaitu Cinta Sang Arnab dan Mahkamah Lorong. Klik sini untuk ke Facebook event pementasan ini.


Poster pementasan kali ini. Klik untuk besarkan.


Cinta Sang Arnab merupakan satu karya tulisan Professor Madya Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty, atau lebih dikenali sebagai Dr Shark di kalangan peminatnya, dan pementasan ini telah diarah oleh saudara Faiz 'Apai' Mohamed, seorang veteran TTS. Pementasan ini berkisar tentang kisah perkenalan seekor arnab yang boleh berkata-kata dengan seorang wanita di ambang kegilaan akibat dikhianati lelaki yang dicintainya. Si Arnab mula memupuk perasaan sayang kepada wanita itu, tetapi adakah mungkin cinta di antara seekor binatang dan seorang wanita?

Mahkamah Lorong juga merupakan satu lagi karya Dr Shark, di mana pementasan kali adalah di bawah arahan saudara Zharfan Izzuddin, satu lagi bakat di bawah naungan TTS. Pementasan ini memaparkan kisah kehidupan sekumpulan binatang di sebuah lorong terbiar. Apabila satu jenayah buruk berlaku, haiwan-haiwan ini telah mengadakan perbicaraan ke atas salah seorang daripada mereka. Adakah penjenayah yang sebenar akan dibawa ke muka pengadilan?


Lokasi: Multi-purpose Hall, Universiti Teknologi PETRONAS.
Tarikh: 21 Mac dan 22 Mac 2015
Waktu: 8.45 PM
Tiket: RM 7.00 (dewasa) RM 5.00 (kanak-kanak)


Untuk tiket dan informasi, sila hubungi Akif di 019 7727812.

Saksikanlah pada 21 Mac dan 22 Mac 2015 ini!

0 kritikan :