"TALI CINTA' di Short & Sweet Penang 2017!

Monday, March 19, 2018

Hi Semua! TTS kembali dengan sebuah pementasan hasil karya Prof Dr Shark! Tali Cinta ini merupakan pementasan ala ala drama mengenai percintaan keluarga yang sederhana. Sememangnya Tali Cinta ini merupakan sebuah cerita yang memang realitinya masih lagi wujud dikalangan anak dan keluarga dan menjurus kepada 'Domestic Abuse and Violence'. Pementasan ini diadakan sempena pertandingan Short & Sweet Penang di Penang PAC. Pementasan ini dibintangi 6 anak muda TTS yang sangat berbakat dalam membawa watak masing-masing!

Stage Name : Wilson Noah, Syahir Salam, Jasmin Sun, Affi Syahfizal, Faiq Azmi dan Anis Tey.


(Profile Pelakon)

(Prof Dr Shark bersama anak-anak TTS setelah selesai seminggu mementaskan Tali Cinta!) 


Tahniah juga buat saudara Wilson Noah! Pemenang Best Supporting Actor di SnS Penang! Syabas dan Tahniah! Moga prestasi saudara kekal menggempakkan pentas teater pada pementasan yang akan datang. Seorang lagi anak muda yang telah melakarkan nama dalam Kelab Teater UTP iaitu Tronoh Theater Shop (TTS)



"AKU JUGA MAKHLUK TUHAN" Di Pentas ASWARA !

Assalamualaikum semua! Pada 24hb- 26hb November 2017, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menganjurkan Pertandingan Teater Pendek Sempena Festival Konvokesyen Aswara Ke-13 anjuran Fakulti Teater ASWARA di BlackBox, ASWARA ! Sedikit latar belakang mengenai pertandingan ini, penyertaan ini hanya dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15-25 tahun (Maaf lah ya Prof Dr Shark tidak boleh sertai pertandingan ini.. hehe). Namun demikian, syarat tersebut tidak menghalang beliau dari terus merebut peluang keemasan untuk membuat pementasan di BlackBox Aswara. 

Maka terhasil-lah Aku Juga Makhluk Tuhan skrip asal Prof Dr Shark, arahan saudara Afiq Ammar ! Lakonan pula dibintangi Jasmin Sun dan Afiq Ammar.


Pementasan ini mempunyai pendekatan yang berbeza kerana ia berkonsepkan 'LIVE Rancangan Realiti' dan sarat dengan sindiran/sentapan serta pengajaran buat semua warga Malaysia mengenai penindasan haiwan. Haiwan apa? Bab*.. ehh maaf, khinzir! Sinopsis “Aku Juga Makhluk Tuhan” merupkan sebuah cerita yang mengisahkan tentang spesis haiwan yang ditindas oleh manusia. Diskriminasi ini berlangsung sehingga sekarang dan tiada apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa. Disebabkan itu, spesis haiwan ini telah mengambil inisiatif untuk muncul ke dalam sebuah rancangan realiti “Mmuah Mmuah Moira Show” untuk menutut hak spesis haiwan mereka.


(gelagat Moira melayan karenah haiwan 'misteri' bersarungkan topeng hitam) 

Segala pertandingan yang TTS sertai sudah pasti objektif-nya untuk mengaut kemenangan serta anugerah bukan? Tetapi pementasan kali ini TTS hanya ingin menghiburkan penonton dengan skrip dan lakonan yang menggelikan hati semua dan juga ingin melakar nama TTS di panggung ASWARA! 



  

"KAU MAMA KU" PELAKON WANITA TERBAIK ! DBP KL


Assalamualaikum semua! Maaf sudah sekian lama tidak kemaskini dan 'update' segala aktiviti TTS di Blog ini, tetapi tidak mengapa! Karna sekali lagi TTS menguji kebolehan bakat-bakat muda pelakon dari Universiti Teknologi Petronas yang juga merupakan ahli TTS sendiri. 

Untuk makluman semua, pada 24 & 25hb Oktober 2017, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan sebuah kempen Ekspresikan Bahasamu (Pentas Ekspresi 10 Minit) dimana pelbagai pertandingan berunsurkan pengukuhan bahasa diadakan dan ini merupakan platform yang sangat sesuai untuk menguji dan mencungkil bakat-bakat 'anak muda' TTS. Prof Dr Shark (ya beliau sudah dapat gelaran Prof huhuhu yeay!), bertindak pantas mendaftar TTS ke pertandingan ini, maka dengan itu terhasil-lah skrip Kau Mama Ku.



Skrip ini merupakan hasil karya asal Prof Dr Shark, arahan Dr Shark dan Afiq Ammar. Pementasan ini mengandungi tuturan lisan dan pengajaran yang sangat memberi impak mendalam kepada warga muda mahupun berumur. Sinopsis pementasan ini seperti di profile perlakon tertera di bawah:


(Profil Pelakon) 


Seperti biasa pelakon Jasmin Sun sebagai Mama (dua dari kanan) dari TTS memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik! Tahniah diucapkan dari seluruh warga TTS! Moga konsisten dan berterusan daalm menceburi bidang seni teater dan lakar nama di pentas teater Malaysia mahupun dunia. 

(Jasmin Sun bersama pelakon dan krew Kau Mama Ku meraihkan kemenangan Pelakon Wanita Terbaik)